MELAYU BERPOLITIK MENOLAK BANGSA, MENDEWAKAN PARTI DAN MENGAGONGKAN CALON

Kehidupan orang Korea adalah sebuah tragedi, tragedi ini berpunca daripada keadaan geopolitik mereka. Bilakah tragedi ini akan berakhir? Dan mungkin juga tidak akan berakhir dan selamanya Korea terus diasingkan  kerana kepentingan politik.

Melayu harus sedar betapa hebatnya kesan apabila satu bangsa yang telah menolak bangsanya sendiri dan bermusuh sesama  sendiri hanya kerana mendewakan fahaman politik yang tidak mengubah langsung nasib bang Melayu malah  akan dipijak lumat sehingga warisan pun dilenyapkan.

Disini kita dapati bahawa kesedaran kepentingan politik bangsa lain jauh lebih bijak dari bangsa Melayu   yang mana  hanya bersandarkan jawatan dan bukan untuk memastikan segala usaha survival bangsa Melayu dilindungi.



Hakikatnya, ramai di kalangan bangsa lain di Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu jalan ke arah memastikan survival bangsa Cina di Malaysia. Jika dibandingkan dengan orang Melayu yang seolah-olah beriman dengan satu-satu parti,

Dalam masyarakat kita, momokan untuk menukar tampok pemerintahan telah dicanangkan oleh DAP hanya untuk memecah belahkan kesatuan parti Melayu sedia ada.  Mereka menggunakan berbagai ayat  untuk mencabar parti parti yang bertunjangkan Melayu.

Dalam parti politik masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan survival mereka mereka boleh berlainan parti  dan secara jelasnya mereka mempunyai impian yang sama dalam survival bangsa mereka.



Mereka akan bersatu dan berjuang dalam apa juga isu yang menidakkan pegangan, tradisi serta adat  kebudayaan mereka dicabar terutama dalam bahasa dan  pendidikan. Sikap ini amat berlainan dengan parti yang menjadi pegangan diantara Melayu.

Parti yang berteraskan Melayu terus diasak oleh DAP dengan isu perkauman dan diasak agar memusuhi diantara satu dengan yang lain bagi memudahkan  DAP memecah belahkan perpaduan yang bertunjangkan Melayu Islam.

Dalam masyarakat cina, di sana ada Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO, baik yang bersifat perkumpulan professional, persatuan berasaskan industri tertentu, kumpulan berasaskan dialek, tempat asal, dan suku kaum.

Sesetengah persatuan ini sebenarnya lebih berpengaruh dalam masyarakat Cina berbanding dengan parti-parti politik. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.



Jadi untuk UMNO, BERSATU,PAS dan PKR, berperang lah sesama bangsa dan agama  untuk memudahkan perpecahan berlaku. Bergaduh lah sepuasnya untuk merebutkan jawatan dan projek. Bergaduhlah atas nama calon yang  bertanding.

Bergaduh lah hanya kerana tidak mendapat sekampir beras, bergaduhlah hanya tidak mendapat bantuan anak ayam sedangkan DAP terus mengecilkan semangat orang Melayu agar tidak terus bersatu sehingga kemenangan yang mereka capai pada  PRU14.

Melayu yang semakin mengecil mungkin tidak akan memberi impak sebesar ini pada masa akan datang. DAP akan terus memijak Melayu atas nama demokrasi dan kuasa perintah yang ada pada mereka.

Tanpa perlu memikirkan bahawa  setiap bangsa berhak mempertahankan survival Melayu berganyang lah dengan sepenuh hati, Sememangnya Melayu tidak pernah sedar dan mahu belajar  daripada politik orang Cina yang tidak mengambil kira parti apa pun, yang penting kepentingan bangsa mereka terjaga.



Mari kita imbas kembali, Kebijaksanaan DAP telah ditunjukkan bila meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah  yang mana sebelum ini di kuasai oleh Barisan Nasional. Pada awal sebelum ini bangsa Cina ini terus memangkah Barisan Nasional sebagai parti untuk memperjuangkan hak hak mereka,

Tetapi apabila “bangsa” ini bertanding di Gelang Patah  mereka menukar haluan  kepada sokongan terhadap  “bangsa” mereka. Mereka tidak peduli dari mana calon mereka asalkan dari bangsa mereka.

Di satu sudut lain pula mereka lupa bahawa Cina akan memangkah siapa juga dari bangsa mereka sendiri tanpa mengira kepartian, negeri asal atau apa puga berkaitan dengan calon bangsa mereka.

Tidakkah orang Melayu melihat perkara ini selain saban hari hanya mengejar kuasa sehinggakan  secara tidak sedar  sedikit demi sedikit  penguasaan “bangsa ini” semakin meluas.



Sebenarnya “bangsa ini” tidak lah sekuat mana pun, akan tetapi ianya telah dikuatkan oleh  sokongan  bangsa Melayu yang hanya tahu beropilitik untuk kuasa dan jawatan serta projek.

Akibat kecetekan didalam membaca senario politik maka mereka (penyokong) sanggup memperjudikan bangsa Melayu dengan menutup beberapa PDM sebagai tanda protes terhadap calun yang bukan pilihan mereka.

Disini lah kebodohan politik melayu dan kebijaksanaan politik Bangsa Cina. Melayu sesama Melayu sanggup bertekak dan bermasam muka kerana politik, tetapai bangsa ini  akan hanya memasukkan jarun yang membolehkan Melayu terus bermusuh dan berpecah dan melemahkannya.

Akhirnya Melayu kian berpecah dan DAP sebangsa dengan mereka akan terus melakukan sokongan  dengan mengambil kira semangat kebangsaaan diantara mereka. Ketika ini, Melayu terus terjerit jerit nama pemimpin yang mereka suka.



Dalam masa yang sama mereka ini juga sedang memijak bangsa mereka sendiri dengan mengecilkan kekuatan melalui perpecahan.

Sokongan yang telah membuang Melayu untuk menyokong Cina rasis DAP untuk memberikan mereka kuasa. Apakah Pulau Pinang dan Putrajaya  tidak pernah mengajar mereka tentang politik DAP? atau mereka ini belum cukup matang dalam poilitik.

Budaya politik ini tidak memberi kesaksamaan kepada setiap ahli mendapat peluang yang sama dalam parti. Politik seperti ini akan terus  membawa UMNO kembali kepada amalan  di zaman Jahiliah- yang kaya menggunaan kekayaan untuk menjadi Tuan, sementara yang miskin bakal menjadi hamba suruhan.

Ini lah akibatnya bila mana menolak bangsa sendiri untuk berkuasa dan mengambil  DAP yang nyata mementingkan bangsa untuk menindas bangsa melayu sendiri-

Pada masa yang sama  Melayu terus membunuh Melayu dalam isu calun sebaliknya menobatkan serta menyokong sebuah parti yang cukup rasis didalam kepentingan bangsa Melayu sendiri hanya kerana satu perkataan” Demokrasi” .

Demokrasi  adalah sepatah perkataan yang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan DAP demi kesinambungan perjuangan bangsa mereka. Mereka akan lakukan apa sahaja asalkan bangsa mereka menikmati segalanya.

Bangsa Melayu sekarang dimanakah kehebatannya? Perpecahan…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button