‘ABAH’ TERPAKSA GUNA ROTAN JIKA MASIH DEGIL

PERUTUSAN PENUH DEBARAN DARI PM

Perdana Menteri sebentar tadi telah membuat perutusan khas mengenai situasi covid19 yang sedang meningkat. Beliau menjelaskan pecahan angka kes seperti dilaporkan pihak KKM.

Beliau turut menjelaskan Pilihanraya Negeri Sabah (PRN Sabah) tidak dapat dielakkan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri telah dilakukan TYT Sabah dan mengambil kira perlembagaan pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menerangkan bagaimana beliau sendiri mengambil inisiatif tambahan SOP semasa berkempen di Sabah. Malah beliau turut menyatakan bagaimana beliau mengelak dari melalui himpunan rakyat di tempat kempen dengan terus naik ke pentas selepas turun kenderaan dan terus ke kenderaan selepas tamat program.



Pelbagai komen semasa siaran langsung perutusan Muhyiddin boleh dibaca di laman rasmi facebook beliau. PM turut berseloroh terpaksa guna rotan jika ada yang masih berdegil dan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan covid19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker