PERUTUSAN KHAS PM MENGENAI COVID19, RAKYAT SEMAKIN BERDEBAR

RAKYAT BERDEBAR APA TINDAKAN KERAJAAN KURANGKAN ANGKA JANGKITAN COVID19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas mengenai situasi covid19 yang meningkat saban hari. Siaran langsung perutusan tersebut akan disiarkan siaran televisyen serta media sosial pada jam 6 petang ini.

Rakyat semakin bimbang dengan angka yang meningkat setiap hari dan berita mereka yang positif covid19 pula melibatkan Menteri menghiasi laman sosial. Perdebatan terbuka dan saling tuding menuding berlaku untuk mencari siapa yang sebenarnya menyebabkan peningkatan positif covid19 sebenarnya hanya menambahkan resah rakyat.



Dalam pada itu pelbagai persespsi pula berlegar dalam aplikasi Whatsapp semakin memburukkan keadaan dengan penyebaran khabar angin yang tidak ditentu sahihkan oleh pihak berkaitan. Panik yang melanda rakyat dan netizen bukanlah sesuatu yang baik dan seharusnya kerajaan tampil dengan langkah yang lebih menyakinkan bagi menepis persespsi negatif terhadap kerajaan.

Manakala pecahan kes covid19 perlu diperincikan agar tidak menimbulkan panik berlebihan kepada rakyat. Semalam kes covid meningkat kepada 432 dan dijangkakan akan meningkat hari ini. Kes terbanyak melibatkan penjara dan tahanan tetapi pada pemikiran rakyat kes ini berlegar sekitar mereka.



Adalah diharapkan tiada pengumuman yang akan menjejaskan ekonomi yang teejejas selepas PKP dilaksanakan Mac lepas. Ramai rakyat terjejas apabila ekonomi menguncup dengan teruk apabila pandemik covid19 menyerang negara hingga terpaksa menutup semua pintu sempadan negara sekaligus menjejaskan pengaliran keluar masuk pelaburan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button