JKM cari ibu Auni, Mizan

Auni, 7, dan adik lelakinya, Mizan 5.

Kemaman: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kepada dua kanak-kanak, Auni, 7, dan adik lelakinya, Mizan 5.

JKM Kemaman dalam kenyataannya hari ini berkata, ibu kepada dua beradik itu dikenali sebagai Noor Azreen Mohd Yusof, 39, yang alamat terakhirnya di Taman Sri Angkasa Hilir, Jalan Hilir 7, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Katanya, berdasarkan alamat itu, JKM ke rumah terbabit dan mendapati Noor Azreen tidak lagi tinggal di situ.

“Kedua-dua beradik itu diselamatkan JKM selepas penjaga kanak-kanak terbabit ditahan polis dalam satu operasi yang dilakukan pada 14 Ogos lalu di sebuah rumah di Bandar Cukai Kemaman.

“Lelaki berusia 48 tahun itu mengaku dia bapa kepada kedua-dua beradik itu namun gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk sijil lahir kanak-kanak terbabit.

“Berikutan itu, pihak JKM bertindak mengambil kanak-kanak terbabit untuk perlindungan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Kedua-dua beradik itu kini ditempatkan di Tempat Selamat di Kuala Terengganu sementara pihak JKM mengesan ibu serta waris mereka.

Orang ramai atau waris kepada ibu kanak-kanak terbabit yang mengetahui di mana ibu kepada kedua-dua beradik itu berada diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kemaman, Khairul Azwin Mohd Nor di talian 09-8591686.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker