Piala AFC: Terengganu terus kecewakan Central Coast Mariners

Piala AFC: Terengganu terus kecewakan Central Coast Mariners

Piala AFC: Terengganu terus kecewakan Central Coast Mariners
PENYERANG Terengganu, Ivan Mamut cuba disekat pemain Central Coast Mariners pada aksi kelima Piala AFC di Stadium Central Coast, sebentar tadi. – AFC

KUALA LUMPUR – Terengganu kekal dengan rekod tanpa kalah di pentas Piala AFC selepas mengikat Central Coast Mariners 1-1 di Stadium Central Coast, sebentar tadi.

Keputusan itu menafikan hasrat kelab Australia itu untuk tebus kekalahan 0-1 pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu, September lalu.

Aksi bermula agak seimbang namun sebaik aksi melepasi minit ke-15, kekuatan Terengganu seakan mula kendur untuk membiarkan Central Coast Mariners makin agresif mengatur serangan.



Penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin wajar diberikan kredit selepas tampil cemerlang menafikan dua percubaan bahaya daripada import tuan rumah Marco Tulio pada minit ke-18 dan 39.

Walaupun Central Coast Mariners makin galak mengatur serangan, tiada sebarang jaringan mampu dihasilkan untuk babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Lapan minit selepas aksi bersambung, kem Terengganu akhirnya ceria selepas membuka jaringan menerusi Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

Jaringan itu menjadikan permainan bertambah menarik, menyaksikan tuan rumah mengatur serangan bertali arus dan minit ke-87, usaha keras Central Coast Mariners akhirnya membuahkan hasil menerusi Miguel Di Pizio. – KOSMO! ONLINE



Piala AFC: Terengganu terus kecewakan Central Coast Mariners

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker