Presiden Iran gesa konflik Nagorno-Karabakh ditamatkan segera

TEHRAN, 7 Okt — Presiden Iran Hassan Rouhani pada Rabu bimbang dengan pertempuran yang tercetus di Karabakh dan berkata konflik itu mesti segera ditamatkan supaya tidak merebak ke rantau berkenaan.

Bercakap pada mesyuarat kabinet, presiden itu berkata semasa perbincangannya dengan pegawai Armenia dan Azeri, beliau menggariskan mengenai kepentingan melindungi keselamatan Iran, lapor agensi berita IRNA.

“Tidak ada yang dapat diselesaikan dengan konflik dan pertumpahan darah,” kata Rouhani.

Katanya, perang itu tidak akan memihak kepada sesiapa pun.

— BERNAMA

Leave a Reply