Pekerja kedai emas dikhuatiri lemas

Pekerja kedai emas dikhuatiri lemas

Pekerja kedai emas dikhuatiri lemas
Pengunjung di pantai melihat mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam petang semalam. – Foto BH

LANGKAWI: Seorang eksekutif kedai emas dikhuatiri lemas ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, di sini.

Mangsa, Mohammad Khairie Shaari, 20, dari Jitra, Kedah dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang oleh seorang pengunjung kira-kira 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 6.16 petang.

“Orang awam ternampak mangsa terkapai-kapai di tengah laut berhampiran hujung Pantai Tanjung Rhu, sebelum tenggelam dan hilang.

“Pemeriksaan awal ke atas sebuah kereta tidak berkunci berhampiran tempat kejadian menemui barang peribadi, kunci kereta dan Mykad dipercayai milik mangsa,” katanya di sini, hari ini.


Shariman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 40 pegawai dan anggota dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia); Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Keluarga mangsa mengesahkan pemuda itu baru mula bekerja di Langkawi dan menggunakan kereta milik kakaknya, sebelum kejadian,” katanya.

Pekerja kedai emas dikhuatiri lemas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker