Nunez teruskan kebangkitan Liverpool

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menegaskan, Darwin Nunez adalah pemain berbakat besar selepas penyerang Liverpool itu meneruskan kebangkitan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 ke atas West Ham.

Skuad kendalian Klopp meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan hasil rembatan Nunez.

Ia adalah gol ketiga Nunez dalam empat penampilan terakhirnya selepas bekas pemain Benfica itu mula menemui rentak sejak perpindahan ke Anfield pada musim panas lalu.



Pemain 23 tahun itu dibuang padang pada penampilan Liga Perdana Inggeris pertamanya di Anfield menentang Crystal Palace pada Ogos.

“Kami menjaringkan gol yang menarik dan Darwin berpeluang melengkapkan hatrik. Dia amat luar biasa.

“Dia berbakat besar dan baru berusia 22 tahun. Kami teruja dengannya,” kata Klopp.

Dengan Diogo Jota dan Luis Diaz tidak dapat beraksi akibat kecederaan, gol kelima Nunez musim ini melegakan Klopp.



West Ham hanya menang sekali di Liverpool sejak tahun 1963, dan pengendali Hammers, David Moyes sedar ia bukan tugas mudah untuk membawa pulang tiga mata dari Anfield.

Nunez membuka jaringan pada minit ke-22 selepas menanduk masuk hantaran lintang Kostas Tsimikas.

Dua minit kemudian, dia hampir menggandakan jaringan tetapi percubaannya dinafikan Lukasz Fabianski. Dia sekali lagi berpeluang menambah gol, namun rembatannya terkena tiang.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading