9 banduan maut dalam rusuhan di penjara Filipina
MANILA: Rusuhan di sebuah penjara yang padat di ibu kota Filipina pada pagi tadi mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan banduan terkorban, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis.
Polis berkata pergaduhan itu membabitkan dua kumpulan banduan di penjara New Bilibid di bandar Muntinlupa.
Laporan awal tidak memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan bermula sekitar jam 2.30 pagi tadi itu, yang kemudian dapat dikawal pada jam 4 pagi.
Biro Pemulihan (BuCor) yang mengesahkan kejadian itu, berkata jumlah sebenar banduan yang terbunuh belum dapat dipastikan kerana masih menunggu laporan rasmi. – BERNAMA