BAKAL JADI MONUMEN USANG, APA NASIB STADIUM TUN RAZAK JENGKA?
FELDA HANYA AKAN LIHAT ASET 100 JUTA DI JENGKA JADI MONUMEN?
Penglibatan Felda United Football Club (FELDA UNITED FC 2020) dalam Liga-M telah berakhir berikutan syarat tertentu ditetapkan FAM. Dalam pada itu masalah kewangan dan tajaan turut membelenggu kelab yang membawa kemelut lebih buruk.
Jika menurut perkembangan tersebut, antara fokus utama yang perlu diberikan perhatian ialah stadium yang terletak di Jengka. Bernilai RM100 juta dan kos selenggara dikatakan mencecah RM50,000 sebulan, pihak mana yang akan menanggung kerugian jika FUFC ditamatkan hayat dalam Liga-M? Stadium Tun Razak yang menjadi stadium rasmi untuk FUFC kini berpotensi bertukar menjadi monumen sejarah bolasepak Felda atau lebih tepat Gajah Putih Felda sekiranya tidak digunakan lagi.
Dengan pelbagai kemelut yang membebani FELDA, tidak mustahil akhirnya Stadium Tun Razak akan dijual untuk mengurangkan beban kewangan Felda. Apa solusi Pengerusi Felda untuk isu ini? Sukan bolasepak diketahui menjadi sebahagian minat generasi muda Felda dan pembubaran FUFC sudah pasti menjadi khabar buruk buat anak muda serta bakat baru dalam Felda itu sendiri. Apa guna anak Felda berbakat dalam sukan bolasepak tetapi tiada saluran yang bagus untuk mereka pamerkan demi mengharumkan nama Felda itu sendiri?
Dengan kapasiti 25,000 tempat duduk, menjual stadium Tun Razak bukanlah satu solusi terbaik memandangkan jarak tempat penginapan bagi mana mana pembeli dalam lingkungan 20km – 30km dari stadium dan kebanyakan kelab bolasepak telah mempunyai stadium sendiri di negeri masing-masing.
Adakah pengurusan FELDA akan membiarkan stadium tersebut tanpa selenggara dan biarkan menjadi buruk? Pengerusi Felda perlu tampil dengan satu keputusan atau penyelesaian terbaik demi kepentingan Felda dan bakat bakat dalam Felda itu sendiri.
Sumber dipetik daripada – https://www.thevibes.com/articles/news/2352/after-quitting-m-league-felda-saddled-with-rm100-million-stadium