Blok menara di Korea Selatan terbakar


Sebuah Blok Bangunan 33 tingkat di bandar Ulsan di selatan Korea Selatan terbakar.

Rakaman video menunjukkan api mula marak ke seluruh bangunan komersial dan kediaman Samhwan Art Nouveau.

Beratus orang terpaksa dipindahkan, kata agensi berita Yonhap, dengan puluhan orang terhidu asap tebal.

Kebakaran dilaporkan bermula sekitar pukul 23:00 waktu tempatan (14:00 GMT).

Kini kebakaran tersebut telah dapat dipadamkan.

Kebakaran berlaku di antara tingkat 8 dan 12 bangunan, yang mempunyai sekitar 120 isi rumah dan unit membeli-belah.

Sebanyak 77 orang dirawat kerana terhidu asap, kata pihak bomba.

Angin kencang menyukarkan kerja kerja untuk mengawal kebakaran.
Anggota bomba sedang mencari mana-mana orang yang masih terperangkap di dalam bangunan tersebut.

Seorang saksi berkata: "Tiba-tiba api marak. Tingkap-tingkap mula pecah dan ruang tamu dan bilik tidur menyala."

Seorang lagi memberitahu YTN News mengenai "bahan luaran", mungkin penebat, yang terpasang di bahagian luar bangunan yang menyebabkan api merebak dengan cepat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button