Jalan Penyelesaian Segera Dicari Demi Kepentingan Penduduk Karambunai – Yakub

SEPANGGAR, 8 Okt – “Alhamdulillah kita mendapat kerjasama sepenuhnya pihak berwajib bagi mencari penyelesaian beberapa kampung yang digenangi air serta kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat sebelum ini.”

Begitulah ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Senator Datuk Yakub Khan berhubung permasalahan di beberapa buah kampung sekitar DUN tersebut.

Beliau yang turun sendiri ke kawasan berkenaan sebelum ini bersama beberapa pihak yang terlibat turut memaklumkan mesyuarat turut diadakan bagi mencari penyelesaian secara menyeluruh masalah yang menimpa penduduk setempat.

‘’Dua hari lalu…beberapa kampung digenangi air dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di sekitar Karambunai ekoran hujan lebat yang melanda Sabah termasuklah di Karambunai sendiri. Beberapa pihak termasuklah Pengarah Pembangunan DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) turut serta meninjau dan mengusahakan tindakan segera yang perlu di ambil,.



‘’Semalam saya dah panggil mesyuarat bersama pihak berwajib untuk sama-sama berbincang kaedah-kaedah dan penyelesaian masalah. Alhamdulillah semua pihak beri kerja sama dan turut sama turun padang,’’ katanya.

Sabah beberapa hari lalu dilanda hujan lebat dan ekoran itu beberapa kawasan ditenggelami air selain berlakunya kejadian tanah runtuh di beberapa Kawasan.

Yaakub pada masa yang sama turut menggesa serta menyeru agar penduduk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan perkembangan terkini termasuklah bersama-sama membendung penularan COVID-19.

“Jaga diri, jaga keluarga, jaga orang sekitar dan patuhilah SOP PKPB. Semoga semua dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit dan wabak merbahaya seperti COVID-19,’’ ujarnya. – UMNO Online 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker