Sikap PN Yang Memualkan

Sikap PN Yang Memualkan

Sikap PN Yang Memualkan

Persaingan merebut kuasa antara parti politik adalah ibarat pertempuran di medan perang.

Ada kalanya berlaku pertempuran 2 penjuru dan ada kalanya berlaku pertempuran 3 penjuru, malah mungkin berlaku pertempuran dari pelbagai penjuru.

Dan seperti biasa, setiap pihak yang bertempur, matlamatnya adalah untuk mendapatkan kemenangan.



Kemenangan hanya akan dapat di capai dalam 2 keadaan.

Pertama, kekuatan yang ada jauh melebihi dari kekuatan pihak lawan yang sedang ditentang.

Kedua, pihak lawan berada dalam keadaan yang cukup lemah sehingga tidak mampu mempertahankan diri.

Dalam artikata lain, sekiranya pihak lawan berada dalam keadaan yang lemah, sudah pasti pihak yang menyerang akan merasa seronok.



Kerana ini akan memberikan kelebihan, di mana musuh akan lebih mudah dikalahkan.

Tetapi, peperangan antara Perikatan Nasional dengan UMNO dilihat menyongsang dari hukum peperangan.

Tidak dapat dinafikan, UMNO kini berada dalam keadaan yang sangat lemah.

Kekalahan berturut-turut dalam 2 pilihanraya umum serta kalah dalam pilihanraya 6 negeri memberitahu kita keadaan sebenar UMNO sekarang.



Sepatutnya Perikatan Nasional merasa gembira dengan keadaan UMNO sekarang.

Tetapi keadaan yang sebaliknya berlaku.

Pemimpin Perikatan Nasional yang kebanyakan adalah bekas pemimpin UMNO dilihat lebih risau dengan keadaan UMNO dari pemimpin UMNO sendiri.

Mereka dakwa, kononnya UMNO kini sudah jauh menyimpang dan mesti segera dibetulkan keadaan.



Untuk membetulkan keadaan, maka kepimpinan UMNO mesti segera ditukar sekiranya mahu menyelamatkan UMNO.

Kalau pun benar kepimpinan UMNO sekarang lemah, biarlah musuh berterusan begitu.

Apa perlunya kebimbangan Perikatan Nasional yang dilihat seolah-olah lebih UMNO dari orang UMNO sendiri…😂😂😂

Hakikatnya, pemimpin Perikatan Nasional masih lagi bimbang dengan kebangkitan yang boleh dicetuskan oleh kepimpinan UMNO sekarang.



Bukan pemimpin Perikatan Nasional prihatin terhadap masa hadapan UMNO, tetapi mereka bimbang dengan masa hadapan mereka sendiri.

Beberapa kes mahkamah kini sudah menunggu mereka dan banyak lagi yang kini berada dalam siasatan akhir.

Itu sebenarnya yang mereka bimbangkan dan penyelamatnya ada pada UMNO.

Sikap PN Yang Memualkan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button