7 kes baru COVID-19 di S’pura, termasuk 1 dalam masyarakat dan 5 kes import

SINGAPURA: Singapura melaporkan tujuh kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (10 Okt), termasuk satu dalam masyarakat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di negara ini kepada 57,866.

Menurut siasatan setakat ini, terdapat juga satu kes yang tinggal di dormitori, menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Selain itu terdapat juga lima kes import, yang mana kesemuanya dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di Singapura.

Butiran lanjut akan dikeluarkan pada Sabtu malam, tambah kementerian itu.

Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat mengumumkan geran sekali sahaja bernilai S$3,000 bagi ibu bapa yang bayi mereka lahir pada 1 Oktober tahun ini hingga 30 September 2022.

Geran Bantuan Bayi itu akan menawarkan sokongan tambahan kepada ibu bapa untuk “menampung kos membesarkan anak di tengah-tengah masa yang tidak menentu ini”. Ia sebagai tambahan kepada Hadiah Tunai Bonus Bayi sedia ada. Geran tersebut juga tambahan kepada Geran Perkahwinan dan Keibubapaan.

Dua kapal pesiaran akan menawarkan khidmat “pelayaran tanpa destinasi”kepada penduduk Singapura mulai November, di bawah satu skim perintis dengan protokol keselamatan yang ketat dan ujian wajib COVID-19 bagi kesemua anak kapal dan penumpang.

Genting Cruise Lines’ World Dream akan mula menawarkan pelayaran tersebut pada 6 November, manakala Royal Caribbean International’s Quantum of the Seas akan mula berlayar pada Disember, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Khamis.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker