‘Penunggang’ nama Najib Razak sudah muncul

Oleh – Bakhtiar Omar


'Penunggang' nama Najib Razak sudah muncul

Politik Malaysia masih lagi berkisar mengenai Najib Razak biarpun beliau kini berada dibelakang tirai besi Kajang. Masih ada rasa gerun terhadap ‘aura’ Najib Razak sehingga golongan ‘penunggang’ nama beliau kini sudah mula muncul.

Menerusi perkongsian di media sosial, para ‘penunggang’ cuba menjual nama Najib Razak seolah mereka telah menerima ‘arahan’ secara langsung dari Najib.

Para ‘penunggang’ ini pula tidak pernah dilihat berada bersama Najib Razak sepanjang beliau dibicarakan sehinggalah dijatuhi hukuman, Jadi agak musykil bagaimana mereka mendakwa sebagaimana tulisan mereka di media sosial?



Apa yang boleh dijelaskan ialah, ini merupakan sebahagian dari propaganda untuk melemahkan Umno. Mungkin kerana mempunyai bilangan pengikut yang boleh ‘dibodohkan’,

Satu naratif dibina bagi menampakkan Najib marah dengan Presiden Umno dan kerjasama Umno – Pakatan Harapan sehingga membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pelbagai kaedah menjual nama Najib Razak dilakukan dan agak pelik yang menjual pula merupakan mereka yang diletakkan dalam senarai ‘broker’ dan bekas ahli Umno.

Paling ketara semua ini berlaku dalam tempoh Umno sedang bersedia dengan PAU2023 yang akan berlangsung minggu hadapan.



NAJIB CONTOH TERBAIK KEBANGKITAN PEMIMPIN UMNO

'Penunggang' nama Najib Razak sudah muncul
Foto Arkib

Bagi menjelaskan perkara ini, pembaca perlu meneliti semula bagaimana Najib Razak membina semula keyakinan rakyat kepadanya selepas 2018.

Biarpun selepas kekalahan BN pada 2018, Najib masih dipandang dengan sinis bila berkempen, akhirnya beliau berjaya menepis segala sindiran poltik apabila membuktikan kehadirannya dalam kempen sangat digeruni lawan.

Fenomena ‘Bossku’ melanda dan kepetahan Najib menjawap menggunakan media sosial diterima baik oleh rakyat secara keseluruhan. Malah, penulisan beliau menjadi antara rujukan awal rakyat bagi menilai 3 kerajaan yang dibentuk selepas 2018.

'Penunggang' nama Najib Razak sudah muncul
Foto Arkib

Rakyat mula membandingkan fakta yang ditulis oleh Najib dan apa yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan. Sukar bagi pihak lawan menangkis fakta yang dikemukakan Najib dan ini menimbulkan kemarahan kalangan pembenci Najib Razak.

Begitu berpengaruh Najib Razak dan rakyat mulai sedar kesilapan mereka yang mahu mencuba sesuatu yang baru dari kebiasaan. Natijahnya, ekonomi negara merudum dengan teruknya ekoran ketidakstabilan kerajaan selepas BN tidak lagi mendominasi pemerintahan.

Perlu diingatkan kepada semua pembaca, kini Najib terpisah dari dunia luar dan sangat mustahil beliau dapat keistimewaan berjumpa dengan mereka yang mendakwa ‘itu ini’ di media sosial.

Usah cepat terpengaruh dengan propaganda musuh yang hanya mahu memecah-belahkan Umno. Jangan terlalu dibuai emosi dan sikap terburu-buru kerana sudah pasti Najib Razak mahu semua ahli menguatkan Umno dan tidak membiarkan Umno diruntuhkan pihak musuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker