[VIDEO] : Beribu ditahan, lebih 100 cedera dalam protes di Indonesia

Hebahkan !!!
Peserta dalam demonstrasi yang memprotes terhadap Undang-Undang Cipta Pekerjaan yang diluluskan baru-baru ini. – Foto EPA

JAKARTA: Polis Kebangsaan Indonesia menahan seramai 3,862 peserta dalam demonstrasi di seluruh negara yang memprotes terhadap Undang-Undang Cipta Kerja yang diluluskan baru-baru ini.

Antara yang ditahan ialah pekerja, pelajar dan kumpulan ‘anarki’ di mana mereka adalah kumpulan melakukan vandalisme dan menghasut untuk mencetuskan rusuhan.

Jurucakap Polis Kebangsaan Indonesia, Inspektor Jeneral Argo Yuwono, berkata seramai 796 tahanan dikenal pasti sebagai anggota kumpulan ‘anarki’ dan kira-kira 1,991 yang lain adalah pelajar.

Jelasnya lagi, 145 penunjuk perasaan yang ditahan di seluruh negara termasuk di Sumatera Utara dan Selatan, Jakarta, Jawa Timur dan Sulawesi Selatan turut disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan dilakukan.

Seramai 27 penunjuk perasaan lain yang ditahan di Jakarta dan positif COVID-19 dikejarkan ke hospital kecemasan di Kemayoran, Jakarta Pusat.

 

Pekerja membersihkan kesan kemusnahan di Jakarta akibat protes terhadap undang-undang cipta pekerjaan yang diperkenalkan oleh kerajaan Indonesia baru-baru ini. - Foto EPA
Pekerja membersihkan kesan kemusnahan di Jakarta akibat protes terhadap undang-undang cipta pekerjaan yang diperkenalkan oleh kerajaan Indonesia baru-baru ini. – Foto EPA

 

 

 

 

 

 

Anggota polis anti-rusuhan di Jakarta. - Foto EPA
Anggota polis anti-rusuhan di Jakarta. – Foto EPA

 

 

 

 

 

 

 

Demonstrasi di Jakarta. - Foto EPA
Demonstrasi di Jakarta. – Foto EPA

Selain itu, 129 peserta perhimpunan dan orang awam di Jakarta yang cedera semasa tunjuk perasaan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Tunjuk perasaan yang berlaku di seluruh negara juga dikatakan berubah menjadi ganas di beberapa bahagian negara itu.

Aktivis dan pengkritik mengecam tindakan melampau anggota polis dalam menangani demonstrasi dengan mengatakan pasukan itu harus melindungi hak rakyat terhadap kebebasan bersuara. – AGENSI

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: