BETTY RAHMAD LUAH KECEWA PEMBANTU RUMAH BALIK KAMPUNG NAIKI KAPAL HARAM

Menerusi satu netri yang dimuat naik di laman sosial Instagram, pelakon Betty Rahmad telah meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya lari di kala mereka sekeluarga baru bangun dari tidur.

 

Adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida itu memuat naik dua keping foto bersama anaknya Ardy Wira tanpa bantuan pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim.

“Officially maidless. Sedihnya bangun tidur harini pembantu kami dah tiada. Tak sangka. Alasan dia pergi sebab nak balik kampung bulan ni dan kami tak bagi.

“Bukan sengaja tak bagi, dengan Covid yang tengah teruk sekarang ni macam manalah nak balik dan masuk sini balik,” kata Betty di ruangan kapsyen.

Tambah memilukan apabila pembantu rumahnya mahu pulang mengikut ‘jalan belakang’ iaitu menaiki kapal haram. Malah, dia dan suami meminta Anim untuk pulang ke kampung Januari tahun depan dengan menaiki kapal terbang memandangkan permit pekerjaannya juga baru diperbaharui.

Klik untuk gambar besar

“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk dan ganti untuk kami. Anim, saya tahu kamu baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu berbahagia dengan keputusan kamu,” tulis Betty lagi.

Di ruangan komen, Betty menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan selebriti dan pengikutnya.

“Ya Allah sabar k @bettyrahmad. Maid memang macam ni. Susah nak percaya walaupun you layan baik, belum tentu dia balas ikhlas baik,” pujuk pelakon Linda Rafar.

“Alahai, kesian Wira. Tabahlah ya mummy. Semoga cepat bertemu penyelesaiannya,” tulis pelakon Nadiya Nisaa.

“Allah, apa kita boleh buat. Mungkin bukan salah maid dia pun, maybe keluarga maid tu rayu suruh balik ke apa. Bukan salah sesiapa pun,” komen seorang wargamaya.

“Awak nampak tenang. Allah beri banyak kesabaran pada awak. It’s okay dear, stay strong. Apa yang boleh dibuat kat rumah tu pelan-pelan, sikit-sikit tak payah nak pening-pening kepala,” kata seorang wargamaya.

“Inilah masalah ibu yang bekerja dan tiada pembantu keesokan harinya. Semoga Wira dan mummy baik-baik sahaja,” ujar seorang wargamaya lagi.

Untuk makluman, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari 2019.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Betty Rahmad

 

Leave a Reply