BILA AERIL ZAFREL DITEGUR NETIZEN, JANGAN TAYANG KEMEWAHAN DI MEDIA SOSIAL

Isu sindiket Macau Scam di Malaysia yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah itu sehingga kini masih menjadi perbualan hangat

 

Susulan kes tersebut, netizen menasihati pelakon Aeril Zafrel agar tidak terlalu menayang kemewahan dan kekayaannya di media sosial bimbang boleh mengundang fitnah dan akan dipanggil oleh pihak berkuasa.

Ia berikutan tindakan Aeril memuat naik foto bersama isterinya, pelakon Wawa Zainal yang memperlihatkan kereta mewah miliknya jenis Ford Mustang berwarna kuning yang berada di belakang pasangan itu.

Klik untuk gambar besar

Meskipun foto tersebut adalah sebagai tanda menghargai isterinya yang sentiasa bersama dengannya ketika susah senang sehingga kini bergelar usahawan berjaya, namun lain yang dilihat oleh netizen.

Bagaimanapun, netizen percaya bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka. Dalam pada itu, ramai yang menjadikan pasangan itu inspirasi untuk mencapai kejayaan serta mendoakan Wawa dan Aeril kekal bahagia sehingga ke syurga.

“@ameensyahir: Ni baru betul. Mustang kuning yang halal. – “@noonasophiaj: Alhamdulillah. Contoh selebriti yang baik mendapat hasil dari kerja keras yang bermula dari bawah dan bukan dengan bantuan scammer. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.

“@fazirulzlkfli: Sapa punya Mustang tu Abang Aeril? – “@kampung.bois: Cantik…kereta belakang. – “@haikallzawawi: Ayok ada Mustang. SPRM nampak nanti.

“@megat_khidir: Trauma tengok Mustang kuning tu. – “@fletcakery:SPRM. SPRM. Ada orang tunjuk mewah ni yang kuning tu. Bahaya,” antara komen-komen usikan yang ditinggalkan.

Untuk makluman, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.

www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Leave a Reply