HARAP BABY LAHIR 10 OKTOBER 2020 – ISTERI FAD AKUI SEDIKIT GEMENTAR

Hebahkan !!!

“Kita doa baby keluar 10/10 tau. Menanti hari walaupun berkali dah nervous tu tetap ada. Kita doakan sesiapa yang baca post ni yang menanti zuriat moga Allah kurniakan kalian rezeki yang tak ternilai ni.

Moga dikurniakan anak dari zuriat keturunan yang baik-baik, Amin ya rab,” demikian tulis isteri kepada pelawak dan pengacara Fad Bocey, Syaheera Rahman yang memasang hajat agar bayi di dalam kandungannya itu lahir pada tanggal 10 Oktober ini.

Berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram milik, Syaheera bagaimanapun mengakui dirinya ada berasa sedikit gementar menantikan detik kelahiran cahaya mata mereka yang keempat itu.

Klik untuk gambar besar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Syaheera selain turut berharap agar urusan ketika melahirkan nanti akan dipermudahkan.

Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.

www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Syaheera Rahman

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: