Sazali serah nasib kepada NSFC

Sazali (baju hitam) akan tamat kontrak selaku jurulatih Negeri Sembilan bulan depan.

SEREMBAN: Pengendali skuad Liga Perdana Negeri Sembilan, Sazali Saidun menyerahkan kedudukannya sebagai ketua jurulatih kepada pengurusan Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC).

Sazali yang berasal dari Johor berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai kedudukannya kerana saingan liga baharu sahaja berakhir malam tadi.

“Terpulang kepada pengurusan NSFC menentukan kedudukan saya dalam pasukan ini musim hadapan. Saya sedia menerima segala keputusan yang diumumkan nanti.

“Kontrak saya bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan berakhir bulan depan dan skuad ini akan berehat seketika dan hanya menunggu keputusan selanjutnya daripada pengurusan kelab,” katanya.



Negeri Sembilan mengakhiri saingan musim 2020 dengan rekod buruk apabila sekadar berada di tempat kedua tercorot dengan mengumpul 11 mata. Malah, dalam perlawanan terakhir menentang Sarawak United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi, mereka dimalukan dengan kekalahan 1-2.

Secara keseluruhan, skuad Hobin Jang Hobin mencatatkan tiga kemenangan, dua seri dan enam tewas dengan bolos 20 gol manakala 12 gol yang dijaringkan majoritinya disumbangkan pemain i

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker