SELAMAT BERSALIN 2 OKTOBER LALU – ‘ARA’ NAMA ANAK KETIGA FARAH AF2

“Assalamualaikum semua, sempena hari ketujuh hari ini, Farah perkenalkan anak ketiga kami, Ara Binti Johan. Doakan Ara Johan menjadi anak yang solehah, diberkati hidupnya, disenangi dan disayangi dunia akhirat,” demikianlah tulis bekas bintang Akademi Fantasi kedua (AF2), Farah Anuar yang memberitahu dia telah selamat melahirkan anak ketiganya pada 2 Oktober lalu.

 

Sempena hari ketujuh melahirkan cahaya matanya itu, Farah memberi nama anaknya sebagai Ara. Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bayinya.

Untuk makluman, Farah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Johan Johari pada Julai 2011. Pasangan itu turut dikurniakan dua orang puteri.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Farah AF2

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker