Seorang maut, dua parah dalam kemalangan di Rembau

KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 232.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat Rembau, Negeri Sembilan, hari ini.

REMBAU: Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 232.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, C. Breanna Anne Malar, 18, yang beralamat di Skudai, Johor disahkan maut di lokasi kejadian, sementara dua lagi rakannya iaitu lelaki berusia 20 tahun dan perempuan berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan berkenaan membabitkan kereta jenis Toyota Yaris dinaiki mangsa bersama dua rakannya dan sebuah lori jenis Isuzu.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan menghala ke Senawang. Sebaik sahaja tiba di lokasi, pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di lorong kiri.

“Kereta yang dinaiki mangsa terbabas ke kiri lebuh raya dan melanggar tebing bukit. Mangsa yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang belakang maut kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar Bakri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat manakala dua rakannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam pada itu, susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba, Abdul Hakim Awang ditugaskan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa selama kira-kira 15 minit bagi membawa mangsa yang maut keluar daripada kenderaan kerana tersepit di tempat duduk belakang.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd. Isa Wahab, 49, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar roti dari Ayer Keroh menghala ke Senawang.

Menurutnya, seperti biasa dia memandu di lorong paling perlahan dan secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Katanya, dia segera memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan selepas memastikan kawasan berkenaan selamat.

“Sebaik sahaja saya menghampiri kereta berkenaan, saya lihat orang ramaii membantu mengeluarkan dua mangsa di hadapan yang tidak tersepit.

“Saya tak berani nak lihat mangsa yang maut kerana sepanjang 20 tahun bekerja sebagai pemandu lori, ini adalah pengalaman pertama terbabit dalam kemalangan maut seperti ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Satu Keputusan Yang Tepat Tidak Sertai PRK Batu Sapi – Shahrir

Seorang maut dalam kemalangan di kilometer 232.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, awal pagi tadi.

SEREMBAN, 10 Okt — Seorang maut manakala dua yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris dan sebuah lori jenis Isuzu di kilometer 232.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian pada pukul 1.37 pagi itu,  mangsa yang maut adalah seorang wanita berumur 18 tahun yang juga penumpang di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki dan seorang lagi penumpang wanita, berumur 20 tahun dan 19 tahun cedera parah.

“Pemandu lori yang berumur 49 tahun bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.



Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu dan penumpang Toyota Yaris dalam perjalanan dari Ayer Keroh, Melaka ke Senawang, hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

“Akibat kemalangan wanita berkenaan yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dan mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA



Satu Keputusan Yang Tepat Tidak Sertai PRK Batu Sapi – Shahrir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker