De Bruyne ramal England julang trofi Euro 2020, Piala Dunia

LONDON: Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne meramalkan England sebagai salah satu pasukan yang mampu menjulang trofi Euro 2020 dan Piala Dunia 2022.

Pemain tengah Manchester City itu sememangnya sudah ‘masak’ dengan kekuatan dimiliki skuad bimbingan Gareth Southgate selepas lima musim beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan De Bruyne yang meraih anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu menjangkakan The Three Lions akan tampil dengan barisan pemain terkuat dalam dua kejohanan utama berkenaan.

“Mereka mempunyai barisan pemain muda yang mempunyai potensi besar dan saya rasa mereka patut mensasarkan untuk memenangi saingan Euro tahun depan dan Piala Dunia. Mereka sememangnya mempunyai potensi.

“Banyak pasukan yang mahu memenanginya tetapi dengan pasukan dan pemain yang England ada ketika ini, mereka sepatutnya mampu melakukannya,” kata De Bruyne.

Belgium yang ketika ini menghuni rangking nombor satu dunia berjaya menewaskan England dua kali pada Piala Dunia 2018.

Sementara itu, jurulatih Belgium, Roberto Martinez berkongsi pandangan yang sama dengan De Bruyne apabila percaya England sudah bersedia untuk memenangi kejohanan utama buat kali pertama sejak Piala Dunia 1966.

“Sejak saya menjadi jurulatih di Britain pada 1995, saya sedar terdapat aspek pembangunan yang bagus dan mentaliti untuk menang oleh barisan pemain England.

“Barisan pemain Gareth mempunyai tahap yang sama dengan barisan pemain terbaik yang lain dan hanya menunggu masa untuk memenangi trofi atau keputusan yang baik di kejohanan utama,” katanya. – AFP

KFA tolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi sebagai presiden

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker