Dua Inspektor dituduh terima rasuah RM3,500

SEREMBAN – Dua pegawai polis berpangkat inspektor hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500 lima tahun lalu.

Tertuduh Mohd Ramdzan A Sukor, 33, dan Chang Jia Chee, 31, bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Bidin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menerima suapan daripada Tang Yee Choy, 37, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas lelaki itu yang sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Perbuatan berkenaan dilakukan pada 3 Ogos 2015, di lif tingkat 1, Kompleks Terminal One Plaza, 20B Jalan Lintang, Seremban pada jam 5.30 petang.

Berikutan itu tertuduh disiasat mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, tertuduh didakwa telah menerima wang tunai berjumlah RM3,500 dari individu yang sama untuk tidak meneruskan siasatan kes penipuan ke atas dirinya yang mana perbuatan itu dilakukan pada tarikh dan lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Zainab Yahaya manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan dan P Purshotaman.

Terdahulu, Hanif yang mewakili Mohd Ramdzan memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat orang anak yang masih kecil manakala Purshotaman yang mewakili Chang juga memohon yang sama memandangkan anak guamnya perlu menanggung isteri serta kedua ibu bapa.

Media Usah Keluar Berita Cetus Panik – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker