Lelaki pakai ‘gelang pink’ sudah ditangkap

Rakaman video viral yang menunjukkan lelaki memakai gelang merah jambu di stesen minyak.
Rakaman video viral yang menunjukkan lelaki memakai gelang merah jambu di stesen minyak.

 

KLANG: Lelaki yang memakai gelang merah jambu di stesen minyak di Buki Tinggi, tular di media sosial sudah diberkas, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.

“Suspek ditangkap jam 8 malam tadi di kawasan Klang. Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai jurutera di Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober lalu.

“Siasatan masih diteruskan, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya.



Semalam, media melaporkan polis sudah mengenalpasti suspek lelaki tempatan yang berumur 30 tahun itu.

Shamsul Amar dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan membuat tangkapan sebaik mendapat pengesahan status suspek bebas COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.

Rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu,menunjukkan insiden tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan lelaki terbabit

Lelaki terbabit ditegur kerana keluar dari kuarantin malah menyebabkan orang ramai takut untuk menghampiri stesen minyak terbabit apabila melihat gelang merah jambu dipakainya.



KFA tolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi sebagai presiden

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker