Lelaki samun dan cabul pelajar perempuan, ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

KLANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kes samun dan cabul seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dalam kejadian di Jalan Tok Sidang, Kampung Delek Kanan, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tangkapan susulan maklumat dan laporan dibuat pada hari kejadian.

“Pada 9 Oktober lalu, jam 10.30 pagi sepasukan polis menahan suspek berusia 25 tahun, yang tidak bekerja di kawasan Klang.

“Polis turut merampas satu topi keledar MHR dan sebuah motosikal jenis Demak Evo dipercayai digunakan dalam kejadian samun dan cabul itu.



“Siasatan mendapati, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 (6) Akta Senjata 1960 ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul Amar berkata, siasatan kemudian polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh, berusia 44 tahun, dan merampas dua iPhone 6S hari sama.

“Lelaki Bangladesh terbabit mengaku membeli telefon daripada suspek. Kedua-dua mereka mengaku terbabit dalam kes itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK),” katanya.



Dalam kejadian jam 9 malam, 6 Oktober lalu, katanya, ketika pengadu yang juga rakan mangsa menunggang motosikal, mereka ditahan suspek yang memakai topi keledar bervisor gelap, menaiki motosikal dan mengaku sebagai polis.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tepi jalan, suspek meminta ditunjukkan lesen dan menyuruh pengadu menelefon emaknya kononnya mahu membawa pengadu ke balai.

“Sebaik sahaja pengadu dan mangsa mengeluarkan iPhone 6S, suspek terus merampas dan meraba buah dada mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

KFA tolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi sebagai presiden

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker