PEMBANTU RUMAH TARIK TANGAN YUSOFF SEMASA TIKTOK – ALIFF SYUKRI KENA KECAM
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah memuat naik sebuah video rakaman TikTok terkini di laman Instagram miliknya. Dalam video tersebut, Aliff bersama ketiga-tiga anaknya dan pembantu rumah sedang asyik melakukan tarian.
Namun apa menarik perhatian, pembantu rumah Aliff Syukri dilihat menarik tangan anak keempat usahawan itu, Yusoff Al-Qardawi, 2, sehingga terjatuh ke bawah kemudian melepaskannya untuk menyambung tarian.
Dek kerana itu, Aliff Syukri telah menerima kecaman netizen gara-gara Yusoff dilihat seperti diabaikan oleh pembantu rumahnya.
Klik untuk gambar besar
Video tersebut telah mendapat banyak kecaman dari warga maya serta pengikut akaun TikTok miliknya yang rata-rata berang dengan tindakan pembantu rumah dan Aliff Syukri pula seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku.
“Adoi kasihan betul lah dekat Yusoff tu mesti sakit tangan,” kata salah seorang netizen. – “Kau ni, buat TikTok pun jaga lah anak tu,” marah salah seorang warga maya. – “Macam tu je dia tarik tangan Yusoff,” komen salah seorang pengikutnya.
Dalam masa yang sama ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa Aliif memuat naik video itu kerana seolah-olah sengaja mahu mengundang kecaman.
“Sebelum nak post dekat TikTok tu tak fikir dulu ke? Bila kena kecam baru tanya kenapa,” tegur salah seorang netizen. – “Sengaja ke apa nni nak kene kecam?” persoal salah seorang pengikut TikTok.
Untuk makluman, Aliff berkahwin dengan Datin Seri Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri
ATM kerah 1,140 anggota bantu redakan gelombang ketiga COVID-19