Sadyr Zhaparov Perdana Menteri Kyrgyzstan baharu

Sadyr Zhaparov dipilih sebagai Perdana Menteri Kyrgyzstan baharu. - Foto Google
Sadyr Zhaparov dipilih sebagai Perdana Menteri Kyrgyzstan baharu. – Foto Google

BISHKEK: Parlimen Krygyzstan menamakan Sadyr Zhaparov yang dibebaskan dari penjara Selasa lalu, sebagai Perdana Menteri baharu.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh 63 Ahli Parlimen ketika berkumpul di Ala Archa State Residence di sini, selepas bersetuju dengan pelantikan Zhaparov, 51, dan Kabinet baharunya, lapor agensi berita Anadolu.

Demonstrasi dan protes besar-besaran bermula sejak Isnin lalu, dengan penunjuk perasaan memecah masuk Parlimen dan bangunan lain selain bertempur dengan pasukan polis selepas membantah keputusan pilihan raya serta menuntut undian baharu dijalankan.

Susulan krisis itu, Perdana Menteri, Kubatbek Boronov dan Speaker Parlimen, Dastan Jumabekov mengumumkan peletakan jawatan mereka manakala pihak berkuasa pilihan raya Kyrgyzstan membatalkan keputusan pilihan raya.

Sebelum pembatalan keputusan itu dilakukan, pihak berkuasa pilihan raya mengumumkan hanya empat daripada 16 parti bertanding, berjaya melepasi jumlah kerusi diperlukan.

Sejak Ahad lalu, penyokong parti bertanding yang tidak mencapai jumlah kerusi diperlukan, membantah keputusan pilihan raya dan mendakwa proses pilihan raya itu sebagai tidak adil.

Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan setakat ini menyebabkan seorang terkorban manakala seramai 590 lagi cedera. – AGENSI

KFA tolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi sebagai presiden

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker