Hujan lebat, angin kencang di Makkah

Hujan lebat, angin kencang di Makkah

Hujan lebat, angin kencang di Makkah
TANGKAP layar daripada video dalam talian menunjukkan keadaan di Makkah.

Makkah: Jemaah dan penduduk di kota suci Makkah berebut-rebut mencari perlindungan ketika cuaca ganas melanda wilayah itu, pada petang Selasa.

Khaleej Times melaporkan amaran merah dikeluarkan di wilayah itu dan beberapa bahagian di Arab Saudi kerana keadaan cuaca tidak stabil itu.

Cuaca buruk itu dijangka berterusan hari ini, menurut nasihat yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi, pada pagi Rabu.

Video yang dikongsi di Instagram menunjukkan jemaah ‘melawan’ angin kencang di kota suci itu.

Mereka yang berada di jalanan dilihat berlari mencari perlindungan, manakala kakitangan di Masjidilharam terpaksa memegang tong sampah besar ketika angin kencang.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun X, Haramain, petir turut dirakamkan di kawasan Masjidilharam.

Selain itu, ada beberapa video menunjukkan suasana di Masjidilharam ketika hujan lebat dan angin kencang.

Video lain menunjukkan papan iklan (billboard) roboh dan banjir kilat melanda jalan raya.

Dalam pada itu, NCM Arab Saudi menyatakan hujan dan petir akan terus melanda wilayah Makkah sehingga Khamis.

“Penduduk digesa supaya lebih berhati-hati,” menurut kenyataan NCM.

Hujan lebat, angin kencang di Makkah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker