ANNIVERSARY KE-10 AQASHA & ISTERI
“Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun aku kahwin hari ni. Perkahwinan ini ibarat macam buat master juga. Master dalam pengendalian hidup dan rumahtangga.
“Ada orang suka ‘repeat paper’. Ada orang tak cukup kredit. Ada orang lulus sekali jalan. Ada juga yang tak jenuh-jenuh tukar subjek,” tulis pelakon Aqasha yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 bersama dengan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri semalam.
Aqasha yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata ini berkata perkahwinan itu diibaratkan seperti pelajar yang sedang menyambung pengajian ‘Master’ atau ijazah sarjana.
Klik untuk gambar besar
Aqasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Aqasha turut memberitahu bukan soal usia perkahwinan yang perlu dibanggakan tetapi yang penting bagaimana mereka hendak mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumah tangga.
“Kapal kalau dah 10 tahun usia, kata orang banyak nak kena ‘maintain’. Inikan pula sebuah perkahwinan. 20 tahun usia boleh karam, semalam baru keluar pelabuhan pun boleh karam.
“Bukan soal usia kapal. Soal kapten kapal & anak kapal juga buritan kapal. Kalau buritan kapal pun tak tahu, tak usah sibuk tanya buritan lain la. Kecoh la,” katanya lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aqasha
“Sebagai Setiausaha Agung BN & MN, Saya Laksanakan 10 Dasar, Arahan Parti” – Annuar Musa