Bangkok bersedia untuk demonstrasi besar-besaran

Gambar fail menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan membabitkan pelajar sekolah di Institut Teknologi Raja Mongkut di Bangkok, Thailand. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan membabitkan pelajar sekolah di Institut Teknologi Raja Mongkut di Bangkok, Thailand. – Foto AFP

BANGKOK: Tatkala Thailand bersedia untuk menghadapi satu lagi demonstrasi anti-kerajaan Rabu ini, ramai menunggu untuk melihat sama ada reformasi monarki akan berada dalam agenda berkenaan.

Pemerhati berkata, jika reformasi monarki dimasukkan dalam agenda, ia mungkin tidak akan menarik jumlah besar yang diharapkan pada perhimpunan yang dipimpin oleh pelajar itu.

Perhimpunan itu akan berlangsung di Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue, Bangkok sempena ulang tahun ke-47 pemberontakan pimpinan pelajar tahun 1973 yang kemuncaknya membawa kepada kejatuhan pemerintahan tentera Jeneral Thanom Kittikachorn.

Perhimpunan itu akan dipimpin oleh Barisan Bersatu Thammasat dan Demonstrasi (UFTD) dalam kalangan pelajar Universiti Thammasat.



Menurut laporan Bangkok Post, pemimpin tunjuk perasaan berharap ia akan menarik lebih ramai orang, tetapi agensi keselamatan meramalkan kehadiran kurang berbanding perhimpunan bulan lalu.

Penganalisis berkata, ia berikutan ketiadaan penyokong kumpulan baju merah Barisan Bersatu untuk Demokrasi menentang Diktator (UDD).

Mereka mengatakan, antara sebabnya ialah kerana pemimpin tunjuk perasaan telah gagal mengekalkan tuntutan asal mereka, iaitu pindaan perlembagaan, pembubaran parlimen dan menghentikan gangguan terhadap pengkritik kerajaan.

Pemerhati juga berkata, dengan menambahkan permintaan untuk reformasi monarki, mereka kini berisiko kehilangan sokongan masyarakat.



Sebab lain adalah kerana parti Pheu Thai kini menjauhkan diri dari tunjuk perasaan selepas pemimpinnya, Khunying Potjaman Damapong, mengambil alih pimpinan parti itu.

Beliau adalah bekas isteri bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Dikatakan beberapa Ahli Parlimen Pheu Thai berperanan dalam menggerakkan penyokong baju merah untuk menyertai dua tunjuk perasaan terakhir.

Bagaimanapun, peguam hak asasi manusia, Arnon Nampa yang juga pemimpin bersama Free People Group, berkata parti Pheu Thai yang kini sudah bertukar nama kepada People’s Group mampu menarik lebih banyak puak politik.



Beliau yakin jumlah penunjuk perasaan yang menyertai tunjuk perasaan akan lebih besar dari sebelumnya berikutan semakin banyak senarai tuntutannya.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Inovasi untuk Demokrasi di Institut King Prajadhipok, Stithorn Thananithichot, berkata pelajar muda dijangka menyertai perhimpunan tetapi tidak sebesar yang dijangkakan.

Timbalan Ketua Polis Bangkok, Jeneral Somprasong Yenthuam meramalkan tidak lebih daripada 15,000 orang akan keluar pada Rabu ini kerana ia adalah hari bekerja.

Katanya, kira-kira 3,000 anggota polis akan dikerahkan untuk menjaga ketenteraman ketika demonstrasi. – AGENSI



PKPD Dilaksana Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih – Ismail Sabri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button