PDIP rancang failkan kes di Mahkamah Perlembagaan

Oleh – Syeikh Baran


PDIP rancang failkan kes di Mahkamah Perlembagaan
(Gambar fail) Foto hiasan – NSTP/MOHD ADAM ARININ

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) mahu siasatan legislatif dijalankan berhubung dakwaan berlaku pelanggaran pada pemilihan Presiden Indonesia, baru-baru ini, dan merancang untuk memfailkan kes di mahkamah, kata seorang pegawai kanan parti terbesar dalam Parlimen Indonesia itu, hari ini.

Calon PDIP, Ganjar Pranowo, dilaporkan tewas kepada Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, pada pilihan raya 14 Februari lalu berdasarkan keputusan tidak rasmi dan hasil pengiraan undi yang masih berlangsung.



Setakat ini, pihak Istana Presiden tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk komen berhubung dakwaan terbabit atau perancangan siasatan berkaitan perkara itu.

Walaupun kes pertikaian pilihan raya lazimnya dikendalikan oleh Mahkamah Perlembagaan, Parlimen Indonesia mempunyai kuasa untuk menyiasat dasar kerajaan atau pelaksanaan peraturan tertentu, selain boleh memeriksa tindakan pegawai awam, termasuk Presiden.

Hasto berkata, PDIP dan penyokong Ganjar yang lain akan memfailkan kes di Mahkamah Perlembagaan berkait dakwaan penyelewengan dalam pilihan raya, namun tidak memberikan sebarang tempoh masa khusus. Beliau juga mendakwa siasatan itu bertujuan memelihara demokrasi.

Parlimen Indonesia dijadualkan bersidang pada bulan depan dan untuk suatu siasatan dilancarkan, ia mesti diluluskan oleh lebih separuh daripada ahli dewan yang hadir pada sesi plenari. – REUTERS



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading