CHEF WAN: “TENGOK IC BETUL-BETUL & BARU SEDAR DIA (IBU) BUKAN BERUSIA 90 TAHUN INI…”

Hebahkan !!!

“Selamat ulang tahun ke-88 kepada ibu tersayang. Terima kasih ya Allah atas segala rahmat anda untuk membiarkan kami semua menikmati kehadiran ibu walaupun sudah lewat. Jika adat cina dia berumur 89 thn.

“Omg saya kena tengok IC betul-betul dan baru sedar dia bukan berusia 90, tahun ini. Tak tahu kenapa tahun lepas kami menyambut ulang tahun yang ke-89. Terlalu banyak sambutan hari jadi sampai saya pun keliru.

“Emak pun selalu kata dia akan berusia 89 tahun ikut kalendar Cina, mungkin sebab tu saya keliru hinggalah saya tengok IC bertarikh 12 Oktober 1932,” demikian tulis cef selebriti terkenal, Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya.

Hari ini Chef Wan menyambut ulang tahun kelahiran ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Che Ani yang ke 88 tahun. Dalam dua entri tersebut, Chef Wan mengakui terdapat sedikit kekeliruan apabila dia menyambut hari lahir yang ke 89 tahun pada tahun lalu dan menyangkakan ibunya kini berusia 90 tahun.

Klik untuk gambar besar

Chef Wan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menulis ucapan buat sempena hari lahir ibunya itu dan memohon agar semua berdoa ibunya dapat menempuhi cabaran menghadapi kanser buah dada.

“Nak buat macam mana, ini adalah cabaran yang besar untuk dia dalam usianya sekarang dan saya harap dia dapat menghadapinya. Untuk saya, saya cuba menerimanya dengan fikiran yang positif.

“Sesukar mana sekalipun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Paling penting, jangan sesekali abaikan mereka yang sudah tua, tetapi tunjukkan kasih dan sayang yang tak berbelah bahagi,” tuturnya.

Tulis Chef Wan, biarpun hatinya luluh menghadapi saat pemergian bekas isterinya akibat kencing manis, tetapi dia juga faham semuanya adalah perancangan Allah.

“Cuma bagaimana pengakhiran kita masing-masing itu yang tidak kita ketahui. Just as we are brought to this world with nothing macam tu lah kita pergi nanti.

“Yang penting bila kita pergi nanti our soul must go and leave with such happiness and relieve for all the wonderful things we have done sesama manusia, amalan kita serta segala kebajikan kita yg sempat kita lakukan di dunia ini seperti apa yang Allah mahukan,” kata Chef Wan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail sememangnya dikenali bukan sahaja kerana masakannya, tetapi kisah bagaimana dia menjaga arwah bekas isteri dan juga sentiasa menjaga ibu yang tinggal bersama dengannya.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chef Wan

Leave a Reply

%d bloggers like this: