Dua Kali Anwar Perjudi Keselamatan Rakyat Demi Nafsu Sarakah Jadi PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Penganalisis politik tempatan, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sudah dua kali Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjudikan masa hadapan dan kehidupan rakyat demi kepentingan politik peribadinya.

Ujar beliau, pada tahun 1998, Anwar menghasut rakyat turun ke jalanan tanpa menghiraukan keselamatan rakyat dan kini di kala negara di ancam pandemik COVID-19, sekali lagi Presiden PKR itu tanpa menghiraukan keadaan rakyat berusaha untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

“Sepanjang 63 tahun Malaysia merdeka, saya tidak pernah temui ahli politik selain Anwar Ibrahim yang tidak pernah putus asa untuk memegang jawatan perdana menteri walaupun terpaksa mengorbankan nyawa rakyat demi mencapai cita-cita politiknya.

“Tidak sangka Malaysia mempunyai ahli politik sebegini namun saya yakin rakyat Malaysia kini telah matang dan boleh menilai sejauh mana kejujuran ahli politik di negara ini untuk membangunkan, membela dan memperjuangkan kebajikan rakyat ketika berada dalam situasi yang sukar,” ujar beliau kepada UMNO-Online.



Tambah Tawfik, sekiranya esok (13 Okt) menjadi saksi kegagalan Anwar membuktikan kata-katanya (mempunyai majoriti menyokong beliau menjadi perdana menteri) maka pastinya perjalanan politik beliau akan semakin sukar.

“Anwar telah canang kepada rakyat esok dia bakal ke istana (Istana Negara) bagi membuktikan dirinya mempunyai majoriti yang cukup untuk menjadi perdana menteri tetapi jika gagal maka selepas ini perjalanan politiknya pasti sukar atas beberapa faktor berikut iaitu usia, kepercayaan dan keyakinan ahli, pemimpin parti beliau sendiri dan rakyat akan menolak ahli-ahli politik sedemikian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tetapi, situasi ini akan memberi kelebihan kepada figura-figura politik baru yang lebih segar dan mampu menangani pelbagai masalah rakyat. Kita lihat pentadbiran negara di bawah Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Mereka telah teruji dengan kemampuan dan pengalaman ketika berhadapan dengan krisis COVID-19 malah isu-isu hutang negara, kemampuan kewangan dan elemen perkauman tidak lagi kedengaran dalam ‘udara politik Malaysia’ di bawah gandingan kerajaaan PN + MN (Muafakat Nasinonal).



“Jadi, sama-samalah kita tunggu apa akan jadi esok… Drama apa pula yang akan dimainkan oleh Anwar bagi mempengaruhi rakyat,” sindir beliau. – UMNO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button