Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar

Makcik warga emas pula tu... Peniaga tak banyak ‘bunyi’ terus buka plastik roti!

Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar

Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar
Kakcik membuka semula bungkusan roti untuk dibuat set omelet kepada pelanggannya.

SETIAP hari para peniaga pastinya berdepan pelbagai jenis pelanggan yang berbeza ragam.

Adalanya tanpa kita duga, kebaikan dan keikhlasan itu diuji saat berdepan dengan pujuk rayu pelanggan.

Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga, Siti Nor Jannah Sudin, 32, apabila terpaksa menangguhkan waktu untuk menutup gerainya pada 30 September lalu.

Menurut wanita yang lebih mesra disapa Kakcik, pelanggan itu merupakan seorang warga emas berusia 66 tahun bersama anak perempuannya yang teringin merasai makanan dijualnya ini.

“Hari kejadian tu dah petang pun. Saya dah nak buat closing dengan kemas-kemas kedai sebelum tutup. Dah 90 peratus, tinggal sikit lagi nak simpan barang.

“Tapi ada nampak seorang makcik ni dengan anaknya dah pusing-pusing dekat kedai saya. Tak lama lepas tu dia datang dekat menu makanan. Dia tanya ‘Ada lagi tak?

“Saya pun minta maaf dekat dia sebab kami memang dah nak tutup kedai masa tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bagaimanapun, jelas Kakcik yang menjalankan perniagaannya di Kota Setar, Kedah itu, wanita tersebut terus mendekatinya sambil memberitahu bahawa dia sedang lapar.

Ujar Kakcik yang menjual menu sarapan pagi barat sejak enam bulan lalu, permintaan makcik yang tidak diketahui identitinya itu meruntun hati dan sanubari.

Tanpa berlengah lagi, dia kemudiannya membuka semula bungkusan roti yang disimpan lalu menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada dua orang pelanggan berkenaan.

Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar
Pelanggan itu datang ke gerai Kakcik buat kali kedua setelah viral.

“Makcik ni datang dan pegang saya. Dia cakap yang dia lapar. Sedih pula saya dengar. Lepas dia beritahu macam tu, saya terus cuit adik dan beritahu tentang perkara itu.

“Lepas tu saya pun buka semula makanan. Saya tanya makcik tu dia nak makan apa… kemudian saya terus buat set omelet yang dia nak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Makcik tu ada tanya ‘tak apa ke?‘ sebab kasihan terpaksa punggah semula barang niaga. Saya cakap dekat dia yang saya tak kisah. Janji makcik boleh makan. Lagipun makanan saya jual ringkas saja jadi senang nak basuh pinggan balik,” katanya lagi.

Walaupun niat asal nak bersedekah bagi makan tapi rezeki tu berbalik dekat saya pula.

SITI NOR JANNAH

Menerusi rakaman yang dimuat naik Kakcik, kelihatan riak wajah gembira makcik itu sambil menikmati juadah setelah permintaannya ditunaikan.

Video tersebut menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.

Malah Kakcik akui tidak menyangka bahawa rezekinya semakin luas dan bertambah setelah video tersebut meraih perhatian ramai.

Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar
Komen netizen di TikTok.

 

“Masa tu sebenarnya sehari sebelum hari jadi saya. Walaupun niat asal nak bersedekah bagi makan tapi rezeki tu berbalik dekat saya pula.

“Selepas video tu viral, ramai orang makin kenal dan datang kedai saya. Ada juga yang mula bertanya saya jual apa juga di ruangan komen.

“Bila baca komen-komen positif macam tu saya makin semangat nak berniaga. Untuk saya yang masih baru lagi dalam dunia perniagaan, ini merupakan satu rezeki besar,” ujarnya menutupi kisah.

“Akibat Terlalu Lapar Dan Penat, Kanak Kanak Ini Tertidur Sambil Memeluk Guni”

Pelanggan sampai waktu ‘closing’ mengadu lapar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker