Jing Hong tepati ramalan

Jing Hong menang dua saingan awal Cabaran Ranking Junior Kebangsaan, hari ini. - Ihsan BAM
Jing Hong menang dua saingan awal Cabaran Ranking Junior Kebangsaan, hari ini. – Ihsan BAM

KUALA LUMPUR: Pemain remaja, Jacky Kok Jing Hong menepati ramalan sebagai pilihan utama apabila menang semua perlawanan Kumpulan A pada hari pertama saingan Cabaran Ranking Junior Kebangsaan, hari ini.

Aksi pertama yang berlangsung di sebelah pagi menyaksikan Jing Hong berjaya menewaskan Jimmy Wong 21-16, 21-12 sebelum merekodkan kemenangan kedua dengan menundukkan Muhd Fazriq Mohd Razif 21-11, 21-13.

“Saya turun tanpa tekanan dan fokus satu mata demi satu mata. Saya tidak lihat Kumpulan A mudah kerana setiap pemain mahukan kemenangan.

“Kami mula berlatih sejak Julai lalu dan teruja untuk bermain dan mencari semula momentum dalam kejohanan,” kata Jing Hong.



Saingan pusingan awal kali ini menyaksikan 75 pemain remaja perseorangan dan beregu akan berkampung di Stadium Juara Bukit Kiara hingga Sabtu ini.

Seterusnya, saingan yang dijadual bermula dari 20 hingga 23 Oktober akan menentukan ranking pemain pemain dalam setiap divisyen.

Ini adalah kejohanan pertama yang diadakan secara tertutup membabitkan pemain remaja selepas dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara sejak Julai lalu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button