Klopp akui dia juga gementar

Jurgen Klopp menceriakan Lewis Balfe dengan membalas surat berkenaan dengan mesej menyentuh hati.
Jurgen Klopp menceriakan Lewis Balfe dengan membalas surat berkenaan dengan mesej menyentuh hati.

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menceriakan seorang penyokong cilik Liverpool dengan membalas surat dikirim budak berkenaan dengan mesej menyentuh hati.

Lewis Balfe, 11, menghantar sepucuk surat kepada idolanya itu pada musim panas lalu menyatakan mengenai kebimbangannya untuk memulakan sekolah menengah dan Klopp membalasnya minggu lalu.

Pengendali dari Jerman membalas dengan jujur sambil mengakui dia juga ‘jadi gementar’ ketika cuba mengatasi rasa bimbang.

Menerusi surat berkenaan Klopp membalas: “Hello Lewis, ‘Bolehkah saya bermula dengan memberitahu awak satu rahsia? Saya juga gementar.



“Untuk berlaku jujur sepenuhnya, saya akan menjadi bimbang jika saya tidak gementar kerana jika ia berlaku ia memberikan saya peluang untuk menukar tenaga itu menjadi sesuatu yang positif.

“Saya tahu ia mungkin pelik buat budak seusia awak untuk memikirkan bahawa pengurus Liverpool boleh merasa apa yang anda rasa tetapi saya merasainya.

“Daripada surat awak, adalah jelas awak berfikir dengan baik dan sangat mengambil berat dan jika awak ada kualiti seperti ini, adalah sukar untuk mengelak daripada rasa gementar.

“Anda bertanya kepada saya apa yang saya akan lakukan apabila pemain saya merasai seperti ini dan jawapannya mudah – saya mengingatkan mereka betapa penting mereka kepada saya dan betapa saya sangat percaya kepada mereka.



“Saya tidak pernah meragui mereka dan saya tidak pernah meragui ia adalah sama dengan keluarga awak dan awak sendiri.

“Awak tak perlu bimbang mengenai perkara buruk yang akan berlaku.” – Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button