MAHATHIR DAN ANWAR BERKONGSI SIFAT SAMA ‘GILA KUASA’

CUKUP SOKONGAN ATAU PROPA?

Hari ini seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim telah tiba waktunya. Dalam jadual yang dinyatakan beliau akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta mempersembahkan sokongan dari Ahli Parlimen bagi mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Suasana politik negara yang sedikit berkocak dari minggu lepas diperhatikan dengan penuh minat kalangan pemerhati politik serta penganalisa politik tempatan. Pelbagai teori serta spekulasi telah tersebar sejak minggu lepas dan bermacam serangan siber dilancarkan bagi mengekang kemaraan Anwar Ibrahim.

Namun tahukah anda Anwar Ibrahim belajar politik dari siapa? Individu itu tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Mahathir sendiri. Strategi, perancangan, solusi, pelaksanaan serta waktu sesuai menyerang bagi pengambil alihan pentadbiran telah lama ditelaah Anwar dari segala gerakan Mahathir. Bagaimana mahu buat rakyat percaya, musuh gentar dan semua tunduk kepadanya dipelajari dari bekas boss lamanya sebelum dipecat dari Umno pada 1998.

Sebagai rujukan lihat sahaja kepada kejayaan Pakatan Harapan pada Mei 2018 apabila merrka menumbangkan BN yang telah memerintah sekian lama. Strategi serangan bertubi serta pelbagai janji ditaburkan bagi mengaburi mata rakyat lalu membenci kewujudan BN. Bagaimana “pembunuhan karektor” dilakukan Mahathir terhadap musuh sehingga hari ini masih ‘meratib’ nama Najib untuk menggambarkan keburukan Najib digunakan Mahathir sebagai senjata.

Inilah yang diimplementasikan Anwar Ibrahim dan diperbaiki sedikit mengikut keadaan semasa politik Malaysia. Hari ini rakyat akan dapat melihat sendiri apakah tindakan Anwar akan berjaya atau sekadar propaganda yang pernah dimainkan sejak 22 tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *