BERCERAI SECARA TEBUS TALAK – ISTERI AMMAR ALFIAN PERLU BAYAR RM7,000

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya Rm7000. Comel tak peguam saya 😬.

Finally the truth is out. She may had the world fooled plotting with the media to go against me but the truth will always prevail. Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia.

“What u did to my mom & dad I will never forgive u. JUSTICE HAS BEEN SERVED,” demikianlah tulis pelakon Ammar Alfian berhubung urusan perceraiannya dengan isteri, Nelissa Nezam yang kini telahpun selesai.

Klik untuk gambar besar

Terdahulu, Nelissa telah membuat tuntutan cerai sejak Januari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun telah ditolak Ammar pada Julai.

Untuk makluman, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun. 

www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Hlive, Ammar Alfia, Nelissa Nezam, Hafidzah Hassan & Zeti Zulkifli

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker