COVID-19: China lakukan ujian terhadap semua penduduk Qingdao

Petugas kesihatan melakukan ujian swab terhadap penduduk Qingdao dalam program ujian besar-besaran susulan peningkatan penularan baharu di bandar raya itu. - Foto AFP
Petugas kesihatan melakukan ujian swab terhadap penduduk Qingdao dalam program ujian besar-besaran susulan peningkatan penularan baharu di bandar raya itu. – Foto AFP

BEIJING: China hari ini bergegas melakukan ujian terhadap semua sembilan juta penduduk sebuah bandar raya di negara itu, beberapa hari selepas terjadi peningkatan kecil jangkitan COVID-19.

Usaha itu dilakukan tatkala Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa membiarkan patogen bebas menjadi kebal pada masyarakat adalah satu masalah saintifik dan etika.

Dengan vaksin masih belum ditemui, semua negara sentiasa berwaspada terhadap COVID-19 dan China melancarkan ujian terhadap semua penduduk Qingdao selepas beberapa kes dikesan pada Ahad lalu.

“Sehingga jam 8 pagi tadi, kami sudah mengambil 3.08 juta sampel untuk ujian nukleik,” kata suruhanjaya kesihatan bandar sambil menambah bahawa tidak ada sampel positif baru yang dijumpai.



Bagi beberapa negara, mereka mencadangkan untuk membiarkan virus itu berada di dalam populasi untuk kekebalan memandangkan ramai sudah dijangkiti.

Namun, WHO menjelaskan cadangan itu tidak berkesan dan memerlukan kerja vaksinasi yang banyak.

“Kekebalan dalam kumpulan yang besar itu boleh dicapai dengan melindungi orang dari virus bukan dengan mendedahkannya.

“Membiarkan virus berbahaya yang tidak kita fahami sepenuhnya bebas adalah tidak beretika. Ini bukan pilihan,” menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang menggambarkan idea itu sebagai bermasalah secara saintifik dan etika.



Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases menunjukkan bahawa pendedahan kepada virus mungkin tidak menjamin kekebalan pada masa depan dan jangkitan kedua boleh datang dengan gejala yang lebih parah.

Pandemik itu sudah meragut lebih daripada sejuta nyawa di seluruh dunia dan vaksin mula dihasilkan, tetapi Johnson & Johnson mula menangguhkan penghasilan vaksin berikutan seorang sukarelawannya dijangkiti penyakit.

Hingga kini ada 10 firma yang mengendalikan ujian Fasa 3 untuk menghasilkan vaksin.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dikritik berikutan cara pengendaliannya terhadap virus itu turut dijangkiti COVID-19, namun selepas beberapa hari menjalani rawatan, beliau mengesahkan sudah bebas daripada jangkitan dan tahap imunisasinya juga kebal.

Negara Eropah kini berusaha mengawal lonjakan baru dan melancarkan sekatan lebih ketat daripada terus menghancurkan sistem sedia ada.

Perdana Menteri, Boris Johnson juga sudah mengarahkan kelab malam ditutup dan perniagaan akan mendapat bantuan sokongan daripada kerajaan, tetapi mengundang kemarahan.

“Bencana, bencana, dan saya fikir tidak banyak perniagaan akan ada selepas sekatan dilakukan,” kata pemilik kelab malam Chepstow Castle, Simon Ashdown. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker