Khabib tidak ‘gelap mata’ kerana wang

Khabib (kiri) enggan lagi dikaitkan dengan seteru utamanya itu walaupun menerima bayaran mahal. - UFC
Khabib (kiri) enggan lagi dikaitkan dengan seteru utamanya itu walaupun menerima bayaran mahal. – UFC

LONDON: Khabib Nurmagomedov enggan menyertai rancangan The Ultimate Fighter ‘berdepan’ Conor McGregor – walaupun dibayar $5 bilion (RM20.69 bilion).

Juara lightweight UFC itu disenaraikan selaku jurulatih dalam rancangan realiti MMA itu dengan McGregor turut akan berada di situ.

Khabib berkata dia tidak akan menyertai rancangan televisyen bersama McGregor – walaupun dibayar $5 bilion (RM20.69 bilion).

Namun Khabib, yang memiliki kekayaan sekitar £23 juta (RM123.51 juta), sangat tegas dengan pendiriannya untuk tidak meningkatkan profil McGregor malah sanggup melepaskan peluang bergelar ‘billionaire’.



Khabib, yang akan berdepan Justin Gaethje pada UFC 254 minggu depan memberitahu ESPN: “The Ultimate Fighter’ bersamanya akan memberikan sesuatu yang bagus untuknya.

“Saya tidak mahu memberikannya. Saya tidak akan memberikannya.

“Walaupun mereka memberikan saya $5 bilion – atau jika mereka memberi saya UFC – saya tidak akan lakukan. Ini memberikan dia publisiti yang bagus.

“Ia sudah berlalu. Semuanya sudah berlalu pada 6 Oktober 2018 (hari Nurmagomedov mengatasi McGregor pada UFC 229). Saya sudah mengalahkannya. Saya sudah tamatkan semuanya dengannya.”



Jika Khabib berjaya mempertahankan tali pinggang lightweight berdepan Gaethje dia mungkin boleh berdepan McGregor sekali lagi.

Jika McGregor – yang akan berdepan Manny Pacquiao tahun depan – menewaskan Dustin Poirier tahun ini dia akan menjadi pencabar No1 sekali lagi. – Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button