Mampukah Islam Di Malaysia bertahan dengan Dakyah “Window 10/40”

Cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di negara ini menyatakanrasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung di sebaliknama kumpulan sekular atas alasan hak asasi .

Usaha-usaha ini merupakansatu langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusantahun lalu di mana Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu masyarakat dan institusi di negara kita. Kita juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti umat Islam.

Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negarayang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenangdalam negara kita.



Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997).

Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu.

Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini



Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad.

Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama.

Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.

Penghakisan aqidah atau murtad sebenarnya turut membabitkan saudara baru. Cumanya masalah ini tidak menjadi heboh dan kontroversi sebagaimana berlaku kepada umat Islam yang lain.



Masalah murtad di kalangan saudara baru dianggap sebagai satu perkara yang biasa lantaran kerapuhan aqidah dan ke’baru’an mereka di dalam ajaran Islam.

Jadi, soal ini tidak dipandang serius sebagaimana murtadnya beberapa individu Islam di negara kita. Masalah murtad dalam apa keadaan bukan sahaja tidak seharusnya dibiarkan berlaku tetapi wajib dibendung supaya ia tidak melarat dan membarah di dalam masyarakat Islam.

Selain mencerminkan kegagalan dakwah di kalangan saudara baru, masalah murtad itu juga boleh menjejaskan imej Islam di kalangan non muslim. Adalah sesuatu yang ironik kerana dalam usaha kita mengembangkan Islam, ada pula di kalangan umat Islam sendiri yang keluar daripada agama Islam apatah lagi kalau ia membabitkan para saudara baru.

Ini kerana untuk memeluk agama Islam di negara kita bukan satu perkara yang mudah. Pelbagai masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang sebelum ia dapat hidup sebagai seorang muslim.



Jadi, apabila seseorang saudara baru itu mengambil tindakan nekad untuk murtad maka ia seharusnya mengundang dan menimbulkan pelbagai persoalan serta tanda tanya kepada kita.

Walaupun tidak dinafikan saudara baru merupakan golongan mudah terdedah menjadi murtad tetapi ini tidak bermakna masalah tersebut tidak dapat diatasi. Malahan sejarah membuktikan tokoh jahiliyyah sebelum Islam menjadi wira-wira Islam kemudiannya. Justeru itu, para saudara baru ini dapat diasuh dan dilatih untuk menjadi mukmin yang sejati jika kena cara serta gayanya.

Oleh itu, sudah sewajarnya pendakwah/pertubuhan dakwah melakukan penilaian semula terhadap gerak kerja, usaha dan modus operandi dakwah yang digunakan selama ini masih lagi relevan dengan perkembangan semasa ataupun tidak.

Percambahan pesat perkumpulan dan badan dakwah serta persatuan saudara baru di negara kita menunjukkan betapa giatnya dakwah di kalangan masyarakat non muslim. Kepesatan ini pasti tidak memberikan sebarang makna apabila tanggungjawabnya memastikan para saudara baru ini tidak terus kekal sebagai muslim sehingga ke akhir hayatnya.



Usaha dan matlamat dakwah bukan sekadar untuk mengIslamkan seseorang tetapi juga mempunyai tujuan untuk membentuk keperibadian Islam di kalangan saudara baru. Proses pemantapan aqidah kalangan sasaran perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya terhenti setelah seseorang itu memeluk agama Islam.

Sekiranya itulah yang menjadi orientasi para pendakwah maka usaha dan matlamatnya untuk menyelamatkan ummah telah gagal. Selain itu, pendakwah/pertubuhan dakwah juga perlu memastikan mereka yang telah berjaya diIslamkan itu dapat memberikan sumbangan kepada perkembangan Islam di kalangan bangsanya.

Jadi, sudah sewajarnya kerajaan memberikan lebih banyak peruntukan kepada pertubuhan dakwah/persatuan saudara baru untuk melaksanakan program serta aktiviti yang memberikan manfaat kepada golongan tersebut.

Perlu diingatkan, tragedi saudara baru kembali murtad tidak mengisytiharkan kemurtadannya secara terbuka sama seperti orang Islam lainnya, khususnya orang Melayu yang turun temurun mengaku Islam tetapi majoritinya murtad dengan tidak disedari.



Statistik murtad terkini walaupun tidak rasmi, sekitar 50,000, bukan mustahil pada tahun 2020 keseluruhan orang Melayu Islam hanya tinggal nama Islam dalam surat beranak. Sebaliknya saudara baru kembali kepada cara hidupnya yang lama dengan menyisihkan dirinya daripada masyarakat Islam.

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button