SHUIB PERNAH HADIAHKAN JAM TANGAN – NAIM DANIEL MAHU PULANGKAN SEMULA?

Semua sedia maklum mengenai isu yang hangat diperkatakan apabila pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sedang dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram.

 

Pada Februari lalu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim Daniel ketika penyanyi dan pelakon itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Ditanya sama ada mahu memulangkan semula jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

Klik untuk gambar besar

“Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti. Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini, kata sumber

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker