Berubahlah Wahai Pemimpin UMNO Sebelum Terlambat

Berubahlah Wahai Pemimpin UMNO Sebelum Terlambat

Berubahlah Wahai Pemimpin UMNO Sebelum Terlambat

2 pilihanraya umum berturut-turut, UMNO ibarat mengalami mimpi ngeri yang menjadi realiti apabila ditewaskan.

Dalam PRU 14, UMNO cuma mampu memenangi 76 kerusi parlimen dan kehilangan 4 negeri, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah.

Kita mengharapkan agar UMNO dapat bangkit semula, tetapi keadaan menjadi lebih parah apabila dalam PRU 15, UMNO cuma mampu memenangi 26 kerusi parlimen.



Usai PRU 15, presiden UMNO, DS Zahid bertungkus lumus untuk memastikan survivor UMNO dalam dunia politik negara.

DS Zahid sedar, dengan 30 kerusi yang dimiliki oleh UMNO/BN, sememangnya UMNO menjadi penentu kepada parti mana yang akan membentuk kerajaan.

Tetapi dalam masa yang sama, DS Zahid juga sedar, sekiranya beliau silap membuat percaturan, menyokong pihak yang salah, UMNO mungkin akan lenyap selama-lamanya.

Sepatutnya dalam keadaan begini, pemimpin UMNO di setiap peringkat mesti memberikan ruang kepada DS Zahid untuk membuat keputusan.



Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Tekanan demi tekanan diterima oleh DS Zahid agar beliau segera berundur, segala beban kekalahan mahu di letakkan di atas bahu beliau seorang.

Memburukkan keadaan, seorang ahli parlimen yang tiada apa-apa jawatan dalam parti telah menghasut 10 orang ahli parlimen lain supaya mendahului keputusan parti.

Beliau juga telah menipu ahli parlimen GPS Sarawak yang kononnya BN sudah membuat keputusan untuk menyokong PN.

Pemimpin UMNO Mesti Belajar Arti Kesetiaan Kepada Parti Dari Pemimpin Parti Lain

 

Apa yang penulis mahu nyatakan di sini ialah secara perbandingan sikap pemimpin UMNO dengan sikap pemimpin parti yang lain.

Dalam PRN Melaka dan PRN Johor, UMNO mencapai kejayaan yang cukup memberangsangkan.

Parti lain seperti PKR, DAP, PAN, PPBM, PAS dan Pejuang mengalami kekalahan yang cukup memalukan mereka.

UMNO/BN menguasai 3/4 kerusi DUN dalam PRN Melaka, manakala dalam PRN Johor UMNO/BN menguasai 2/3 kerusi DUN.

Ketika itu tidak kedengaran suara desakan secara terbuka pemimpin parti mereka agar presiden mereka berundur.

Tidak ada pengkhianat yang cuba membuat rundingan dengan UMNO agar ADUN mereka melompat atau menandatangani SD untuk menjadi kerajaan negeri.

Mereka bersama-sama membuat kajian mengapa mereka ditolak oleh pengundi Melaka dan Johor.

Mereka mengorak langkah dan menyusun strategi di setiap peringkat untuk membuat persiapan bagi menghadapi PRU 15.

Tiada perebutan kuasa dan cantas mencantas sama ada di peringkat pusat atau pun peringkat negeri dan bahagian.

Tidak ada istilah sabotaj dalam persiapan jentera pilihanraya.

UMNO bernasib baik kerana mempunyai akar umbi yang cukup kental dalam perjuangan parti.

Kesetiaan akar umbi UMNO kepada parti tidak perlu dipersoalkan lagi.

Yang menjadi duri dalam daging kepada parti UMNO adalah segelintir pemimpin yang merasakan UMNO adalah milik peribadi mereka.

2 pilihan yang ada kepada mereka sekarang, berubah atau kepimpinan tertinggi UMNO mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

 

Berubahlah Wahai Pemimpin UMNO Sebelum Terlambat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker