4 ditahan bergaduh depan restoran

Kuala Lumpur: Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit kejadian pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, polis menerima laporan berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki pada 1.20 pagi itu.

“Pergaduhan berlaku disebabkan salah faham mengenai insiden kecurian telefon bimbit.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menerima maklumat awam bergegas ke lokasi dan cuba meleraikan pergaduhan tetapi dihalang beberapa rakan suspek,” katanya menerusi saluran YouTube RMP TV.



Zairulnizam berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan empat lelaki berusia 29 hingga 30 tahun untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 147 dan 186 kanun sama.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan pertuduhan,” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial apabila rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh sambil dihalang anggota polis.



UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button