Aznel angkat sumpah setiausaha politik Menteri Besar Perak

IPOH, 15 Okt — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu Datuk Aznel Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Upacara angkat sumpah itu berlangsung di pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dibuat bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini diberikan amanah baharu.

Menurut kenyataan itu, Iskandar Dzulkarnain diamanahkan mengurus hal ehwal berkaitan tanggungjawab Ahmad Faizal selaku Timbalan Presiden Bersatu dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *