Penunjuk perasaan berkumpul kembali di Bangkok

Penyokong prodemokrasi yang berhimpun di Monumen Demokrasi, Bangkok. - Foto AFP
Penyokong prodemokrasi yang berhimpun di Monumen Demokrasi, Bangkok. – Foto AFP

BANGKOK: Penunjuk perasaan prodemokrasi Thailand kembali berhimpun di Monumen Demokrasi di Bangkok, sekali gus mencetuskan kebimbangan mungkin berlaku konfrontasi dengan kumpulan penyokong kerajaan.

Agensi berita Thailand (TNA) melaporkan, kumpulan Khana Ratsadon, yang disertai rakyat dan mahasiswa prodemokrasi berkumpul untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran hari ini, sempena ulang tahun ke-47 pemberontakan 1973.

Pemberontakan pelajar menentang regim tentera diktator pada 14 Oktober 1973 itu menyaksikan 77 orang terkorban.

Mereka menuntut Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha, berundur selain pembukaan sesi Parlimen khas untuk meluluskan pindaan rang undang-undang mengenai sektor awam dan reformasi monarki.

Kumpulan itu berarak ke Rumah Kerajaan manakala kumpulan penyokong setia kerajaan berhimpun sekitar laluan di Ratchadamnoen Avenue hari ini, ketika Raja Maha Vajiralongkorn dijadual mempengerusikan istiadat konvokesyen sarjana Pali di Kuil Buddha Zamrud.

Lebih 14,000 anggota polis dikerah untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan berikutan ketegangan antara polis serta penunjuk perasaan semakin memuncak semalam selepas 21 penunjuk perasaan ditahan.

Antaranya termasuk seorang aktivis berprofil tinggi, Jatupat ‘Pai Daodin’ Boonpatararaksa, yang ditahan ketika mendirikan khemah di depan Sekolah Satriwithaya sebagai persiapan untuk mengadakan perhimpunan.

Timbalan jurucakap polis Thailand, Kolonel Kissana Phathanacharoen, berkata penunjuk perasaan ditahan kerana melakukan banyak kesalahan, termasuk menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran.

Mereka ditahan di balai polis Pathum Thani dan dibawa ke Mahkamah Jenayah di Ratchadapisek hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan. – BERNAMA

Tengku Razaleigh hantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker