Resepi Mee Jawa

Resepi Mee Jawa
Resepi Mee Jawa

 

Resepi Mee Jawa yang mudah untuk disediakan dan sangat sedap rasanya. Bahan dan cara penyediaan mee jawa adalah hampir serupa dengan mee rebus cuma bahan untuk mee jawa lebih ringkas.

Che Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan untuk pemekat kuah. Rasa manis dari isi keledek dan air rebusan daging memang kunci utama penyedap mee jawa ini.

 

Bahan-bahan:

 

  • 2 paket mee kuning
  • minyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkuk
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • air rebusan daging
  • 3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus
  • 1 ketul kiub daging atau kiub ayam
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 sudu besar udang kering
  • Bahan-bahan untuk taburan (condiment):
    • daging yang direbus, hiris nipis
    • telur rebus
    • taugeh, celur
    • daun bawang, hiris hiris
    • daun sup, hiris nipis
    • bawang goreng
    • cili merah, hiris nipis
    • limau nipis
    • tauhu goreng, hiris nipis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Celur mee kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak terlalu melekat bila sejuk nanti.
  2. Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
  4. Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
  5. Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Mee hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik bila dihidangkan bersama kuah mee jawa nanti.
  • Selepas dicelur, taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak melekat apabila sejuk.

Resepi Mee Jawa yang mudah

 

Resepi Mee Jawa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker