Syarikat barang kemas India tarik balik iklan selepas dikecam

 Iklan kedai barangan kemas Tanishq yang ditarik balik selepas bantahan puak pelampau Hindu. - Foto AFPIklan kedai barangan kemas Tanishq yang ditarik balik selepas bantahan puak pelampau Hindu. – Foto AFP

NEW DELHI: Sebuah syarikat barang kemas terkemuka India menarik balik iklan majlis meraikan bayi hasil perkahwinan antara agama selepas dikecam pelampau Hindu di media sosial, yang menyifatkannya sebagai ‘mengagungkan jihad’.

Pengkritik berkata tindakan menarik balik iklan menunjukkan itu tolak ansur agama terhadap kumpulan minoriti semakin mengecil sejak Perdana Menteri India yang juga nasionalis Hindu, Narendra Modi, memegang tampuk kuasa enam tahun lalu.

Iklan oleh Tanishq, syarikat milik minoriti Parsi beragama Zoroastrian, menunjukkan keluarga beragama Islam mengadakan majlis majlis meraikan bayi untuk menantu mereka yang beragama Hindu.

Syarikat itu memaklumkan, idea di sebalik Ekatvam (perpaduan dan kesatuan) itu adalah untuk ‘meraikan penyatuan manusia yang datang daripada pelbagai latar belakang’.



“Kami sedih dengan gangguan emosi yang tidak disengajakan dan menarik balik iklan ini bagi menjaga sentimen serta kebajikan pekerja, rakan kongsi selain kakitangan premis kami,” jelas syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.

Saluran NDTV hari ini melaporkan, sebuah premis Tanishq diserang di Gujarat dan pengurusnya dipaksa menulis nota permohonan maaf.

Walaupun iklan itu sudah ditarik balik, #BoycottTanishq menjadi popular di Twitter, dengan seorang pengguna menyifatkan iklan itu bertujuan mengangkat ‘kecintaan pada jihad’.

“Majoriti pelanggan kamu adalah Hindu dan kamu menghina sentimen mereka. Memalukan,” tulis seorang netizen.



‘Kecintaan pada jihad’ digunakan oleh pelampau Hindu untuk menuduh lelaki Islam menggoda wanita Hindu dan mengubah agama mereka, satu isu yang menjadi pertikaian di negara sekular itu.

Hubungan antara agama jarang berlaku di India yang kebanyakannya berpegang pada amalan tradisional, khususnya di kawasan luar bandar, di mana kebanyakan perkahwinan adalah diatur.

Individu yang melangkaui sempadan kasta dan agama kebiasaannya akan dipulau dan ada kalanya dibunuh, atas alasan melindungi maruah keluarga. – AFP

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa



UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button