Anwar ada sokongan? ’Dulu saya tak percaya, sekarang pun tak percaya’

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

“Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat sokongan kukuh, saya tak percaya.

“Dahulu pun dia buat macam tu dah.



“Namun apabila Yang di-Pertuan Agong minta supaya masing-masing menyatakan siapa nak pilih perdana menteri, dia kata dapat sokongan majoriti, tapi tidak ada pun.

“Sekarang ini pun tak pernah juga (ada bukti sokongan),” kata Mahathir yang ketika memimpin kerajaan berjanji menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Pada 23 Sept lalu, Anwar mengumumkan dia mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan pusat.



Susulan itu, pada 13 Okt, ketua pembangkang menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan dokumen sahih yang membuktikan sokongan ahli parlimen kepadanya.

Bagaimanapun, istana dalam satu kenyataan berkata Anwar tidak memberi senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

“Sekarang ini Anwar mungkin nak tengok ada orang nak sokong dia atau tidak.

“Beliau hanya mengulangi dakwaan yang pernah dibuat dahulu tetapi langsung tidak mengemukakan sebarang bukti yang menyokong dakwaannya,” katanya.



Sementara itu, Mahathir memberitahu Umno akan menghadapi risiko jatuh sekali lagi jika bertindak tarik diri menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Jika berbuat demikian ia boleh merisikokan Umno sendiri untuk jatuh sekali.

“Umno berkemungkinan akan fikir boleh membentuk kerajaan baru bersama Anwar jika mengambil tindakan keluar daripada PN.

“Bukan sahaja PN jatuh, Umno pun jatuh juga,” katanya ketika ditanya pengumuman Umno sebelum ini bahawa parti itu mempertimbang untuk tarik diri daripada menyokong PN.



Tambahnya, pakatan antara Anwar dan Umno tidak akan kekal lama jika ada pihak yang menarik diri.

“Apabila ada pakatan antara Anwar dan Umno ini, ada orang yang akan tarik diri, jadi tak capai majoriti juga.

“Mungkin ada deal (perjanjian) kalau saya (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya bagi kamu jadi Menteri dan sebagainya,” katanya lagi.

Sumber :https://www.malaysiakini.com/



KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)

KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button